Friday, July 16, 2010
Ulasan Debat Perdana...
Pagi semalam bertempat di Sudut Pidato, UKM telah diadakan Debat Perdana antara barisan kepimpinan PMUKM & GMUKM. Debat yang diadakan adalah julung kali bagi semester ini. Tajuk yang dicadangkan oleh pihak pengajur adalah berkisar sepanjang peristiwa semasa Minggu Mesra Pelajar sesi 2009/2010.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNYA, Debat Santai Bersama Presiden PMUKM telah berjalan dengan baik walaupun banyak provokasi ditengah perdebatan. Syabas dan tahniah kepada saf kepimpinan PMUKM. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mahasiswa/i yang hadir memberi sokongan dan menghidupkan sudut pidato yang lama sunyi tanpa suara.
"Bagi saya, debat yang di adakan bagus untuk memupuk sikap mahasiswa berintelektual tinggi. Namun debat hari ini lebih berat sebelah kerana pihak penganjur tidak menjawab sebaliknya hanya menembak kepada PMUKM. Bila ditembak semula mereka katakan inikah jawapannya,sedangkan mereka juga perlu menjawab soalan yang diajukan . Harap pihak penganjur perlu profesional. Jangan jadi jumud yang menjumudkan"- Mohd Kamal Ali, Setiausaha Agong(Exco Kerohanian) PMUKM
Ketika sesi soal jawab dibuka, dapat dilihat mahasiswa/i UKM yang hadir berebut-rebut untuk mengemukakan soalan tak kurang yang memberi pendapat. Namun dek kekangan masa dan tujuan sebenar perdebatan diadakan sedikit lari mahasiswa/i ini tidak dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Tetapi, saya cukup tidak faham mengapakah perkara yang dibincangkan berbeza dengan yang diberikan.
Sebagai salah seorang dari pemudahcara, saya amat tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa PC menghalang solat. Solat merupakan tiang agama, dan hampir 80 peratus PC adalah terdiri daripada orang Islam. Jadi, adalah agak mustahil untuk PC tidak membenarkan pelajar menunaikan solat sedangkan mereka juga perlu membersihkan diri. Berkenaan dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang daripada pelajar tahun 1, jawapannya sangat ringkas. Cuba bayangkan sekiranya anda sedang menjawab peperiksaan dan ketika itu sedang azan, adakah anda akan terus meninggalkan dewan @ tunggu sehingga selesai menjawab soalan bagi menunaikan kewajipan? Jawapan ada pada anda. Penjelasan oleh PC kolej berkenaan juga adalah mereka memberi masa kepada pelajar dari 6.30 hingga 8 malam untuk solat, makan dan membersihkan diri.
Persoalan kedua adalah berkenaan rampasan booklet di FST. Booklet yang dimasukkan dalam fail pelajar tidak mendapat kebenaran dari pihak urusetia MMP. Namun, mengapakah pamplet dari FEP tidak dirampas? Hal ini kerana ketika pengagihan pamplet tersebut, saya berada di tempat kejadian. Selain itu,jawapannya juga mudah. Dalam pamplet di FEP, apa yang ditulis hanya berkisarkan PMFEP selain dari aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh persatuan tersebut. Keadaan ini berbeza dengan booklet PMFST dimana terdapatnya kata-kata dari pelajar yang bukan dari FST. Apakah kepentingan mereka di FST? Hanya anda yang mampu menjawabnya.
"Isu yang paling mengejutkan adalah isu solat. Sebelum itu, saya nak tanya ada ke tak PC terdiri daripada pihak penganjur???? Kalau ada, maknanya mereka juga menghalang solat. Kalau tidak ada, maknanya mereka tidak nampak perkara tersebut dan hanya mendengar melalui mulut-mulut sahaja. Bukti yang kukuh perlulah ditunjukkan sekiranya benar perkara itu terjadi. Bagaimana pula dengan 3000 mahasiswa yang lain. Satu lagi, pihak penganjur hanya melihat kepincangan PC Minggu Mesra Pelajar sahaja. Tapi tidak membuat timbang tara dengan pengorbanan yang dilakukan oleh PC. PC memberi panduan kehidupan, tunjuk ajar, daftar kursus, memperkenalkan UKM, bukan seperti mereka yang mencemarkan nama UKM dengan insiden AUKU yang dilakukan oleh ahli pihak penganjur sendiri. Pihak penganjur hanya melihat masalah luar gerakan mereka tapi adakah mereka membuat tatatertib terhadap 4 orang (UKM 4) yang terlibat dalam AUKU. itu sahaja dari saya. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat melatah"- Sah Rezan Abd Salam, FSSk/2
Sesungguhnya perjalanan MMP pada tahun ini telah banyak berubah dari tahun sebelumnya. Pergaduhan yang sering berlaku antara kolej-kolej seperti tahun sebelumnya, tidak berlaku lagi pada tahun ini. Malah, mesyuarat yang diadakan setiap malam juga berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang pergaduhan mulut. Segala perselisihan faham yang berlaku dapat diselesaikan secara damai. Secara peribadi, sepanjang 3 kali menjadi PC, saya dapati perjalanan MMP kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.
Akhir kata berkaitan pidato, Presiden PMUKM merespons, "Pidato ini perlu dibudayakan kerana jika tidak dimulakan maka sudut pidato yang dibina hanya tinggal nama. Pihak PMUKM telah mengambil pendekatan untuk memeriahkan sudut pidato tersebut. Terima kasih kepada mahasiswa/i yang terlibat dalam program Debat Santai Bersama Presiden pagi tadi. Marilah kita bersatu,bulatkan niat yang satu mahasiswa/i UKM nombor satu.
"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
Monday, July 12, 2010
Minggu Mesra Pelajar Sesi 2010-2011
Pada Sabtu (10/7/2010) lalu, secara rasminya MMP '10 telah melabuhkan tirai. Pelbagai kenangan serta pengalaman yang dapat dikutip oleh para pemudahcara baik PC Pusat mahupun PC Kolej.
Pada tahun ini, tema MMP adalah '1 UKM 1 MALAYSIA' dan saudara Mohamad Falihin telah bertindak sebagai ketua penyelaras. Gerak kerja untuk MMP '10 telah bermula sejak sebulan setengah yang lalu. Para PC Pusat yang dipilih terdiri dari persatuan serta urusetia yang terdapat di Pusanika. Sementara PC Kolej pula terdiri dari JAKSA serta pelajar-pelajar yang telah dipilih oleh pengetua masing-masing.
Sebelum bermulanya MMP, para PC telah dihantar untuk berkursus di Terengganu. PC-PC telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Hal ini demikian kerana bilangan PC yang terlalu ramai. Pada tahun ini, jumlah PC yang terlibat lebih kurang 550 orang. Selepas itu, para PC mestilah menghadiri taklimat sehari di DAM pada 1 Julai 2010. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para PC mengenai jabatan serta kebajikan agar mudah untuk PC menerangkan kepada para pelajar kelak. Pada saya, taklimat seperti ini adalah berguna walau sedikit bosan. Ini memandangkan ramai PC pada tahun ini terdiri dari kalangan pelajar junior. Jumlah pelajar yang dijangka akan mendaftar pada sesi ini adalah seramai 3800 orang. Keesokkan hari pula, para PC diminta untuk membuat pendaftaran di bangunan Pusanika.
Hari pertama MMP '10 adalah pada 4 Julai 2010 dan dimulai aktiviti dengan lawatan Naib Canselor ke setiap kolej kediaman disertai oleh para pentadbir universiti. Seterusnya, terdapat sesi bersama-sama media di Kolej Keris Mas. pada sebelah petang pula, pelajar-pelajar mempunyai aktiviti di kolej masing-masing. Hari kedua diteruskan dengan taklimat di fakulti masing-masing dan program di DECTAR sebelah malam. Begitu juga dengan hari ketiga di mana pelajar-pelajar baru dibawa ke fakulti bagi pendaftaran kursus. Hari ketiga telah diadakan acara sukan di DG. Sukan pada tahun ini adalah berbeza seperti sebelumnya di mana hanya acara yang dipertandingkan dan terdapat simulasi sukan. Sebelah malam pula, berlangsungnya pertandingan Piala Naib Canselor peringkat akhir dimana menyaksikan Kolej Ibrahim Yaakub muncul juara.
Pada 8 Julai 2010, pelajar-pelajar mempunyai program di DECTAR. Seawal jam 8 pagi, para pelajar telah berkumpul di DECTAR dan membuat persediaan untuk upacara lafaz ikrar. Selesai lafaz ikrar, para pelajar baru telah secara rasmi bergelar mahasiswa di UKM. Program seterusnya adalah majlis kesyukuran di Masjid UKM dan sesi bersama-sama angkasawan negara. Hari terakhir bagi program di DECTAR berakhir dengan malam percikan seni. Pembaharuan dilakukan pada tema malam itu dimana pusat kebudayaan menyampaikan muzikal drama berkisar mengenai artisukma. 10 Julai 2010, pelajar-pelajar telah disediakan dengan program-program di kolej.
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar yang telah mendaftar di UKM adalah lebih kurang 3300 orang. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga tidak banyak perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Masalah pada tahun ini juga tidaklah seberat seperti sebelumnya. banyak aspek yang mungkin boleh diperbaiki lagi bagi MMP akan datang. Akhir kata, terima kasih kepada pentadbiran universiti kerana memberi kepercayaan kepada kami PC-PC Pusat untuk mengendalikan MMP '10. Terima kasih diucapkan kepada YDP-YDP kolej atas kerjasama yang sangat baik sepanjang MMP. Moga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita terus berkekalan hingga akhir hayat. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, dan yang kurang itu dari kekhilafan kami sendiri.
p/s: Majlis penghargaan buat PC-PC akan diadakan pada hari Khamis (15 Julai 2010) di Dectar jam 8 malam. Semua PC dijemput hadir.
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)