Wednesday, June 24, 2009

Mak...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Hari ini kalau mak mahu lima ratus sebulan pun mungkin kita mampu..
Kita boleh kirimkan. Tapi kalau mak sudah tiada......
Mungkin kita tidak berkesempatan lagi..
bukan lima puluh ringgit... lima sen pun tidak sempat kita kirimkan! smiley

Tuesday, June 23, 2009

Pergilah Cinta

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi….

Ibu, Bukan Hanya Sekadar Melahirkan Anak


Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu.

Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima ke syurga diletakkan di telapak kaki ibu.

Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu' yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, si ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu'?

Bagi menjawab persoalan di atas, boleh kita katakan bahawa saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan si anak, seorang wanita telah benar-benar layak bergelar ibu?

Jawapan kepada persoalan ini mudah. Pastinya, ramai yang akan menjawab bahawa alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan si anak ke dunia tetapi yang lebih penting adalah untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap maka wanita itu sah bergelar seorang ibu.

Dengan jawapan yang diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak-anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga oleh pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumahkah atau di luar rumah, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak-anak dipikul oleh gurukah atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya?

Persoalan-persoalan yang dipaparkan di atas sebenarnya membawa kepada satu persoalan yang penting iaitu sama ada para ibu pernah terfikir bahawa adakah diri mereka sudah menjadi ibu yang sebenarnya terhadap anak-anak? Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup sehari-harian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan.

Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin bahawa kadang-kala kita perlu menanyakan soalan tersebut. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, para ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang telah silap dan merancang sesuatu yang lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga.

Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh sahaja sibuk dalam urusan rumahtangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan si ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan dihujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukan untuk anak-anak. Atau, berjam-jam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak-anak dibiar berlari-lari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah.

Penulis yakin, setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Namun, ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai.

Sebenarnya, seringkali orang berkata betapa penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara tersebut. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza. Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak-anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu?

Seringkali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup. Bila ditanya, ramai yang akan berkata bahawa terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga bahawa manusialah yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya.

Dengan penerangan-penerangan di atas maka jelas terbukti bahawa melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran tersebut. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu' yang terlupa akan hakikat ini. Maka apa yang dipaparkan di dalam makalah ini adalah usaha untuk saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarganya. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia.

Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat sahaja di sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan yang tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin orang bawahannya.

Samalah halnya dengan wanita. Keistimewaan yang dianugerahkan kepada mereka bukan sekadar mengiktiraf kedudukan mulia mereka tetapi lebih penting lagi keistimewaan itu datang dengan tugas yang besar, iaitu mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam masyarakat.

Akhir sekali, ingin penulis memaparkan satu kisah berkisar tentang Sayyidati Fatimah, anakanda Rasulullah SAW. Suatu hari Saiyyidati Fatimah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta seorang pelayan dari hasil tawanan perang. Hasratnya, agar pelayan itu dapat membantunya dalam urusan rumahtangga. Namun Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut. Rasulullah kemudian mengajar Saiyyidati Fatimah beberapa potong doa dan menyuruhnya supaya meminta tolong kepada Allah SWT untuk mengurus rumahtangga, mendidik anak serta melayani suami.

Dalam pada itu, Rasulullah memberi nasihat kepada Saiyyidati Fatimah "Hai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang memberi manfaat kepada keluarganya". Oleh itu, sedarlah para ibu bahawa ukuran kejayaan seorang ibu bukan semata-mata kejayaan dalam kerjaya, pendidikan atau kedudukan dalam masyarakat tetapi yang lebih penting adalah kejayaan para ibu dalam membina keluarga bahagia.

Kau Bukan Milikku

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…

Namun hati ini dah terukir namamu…

Mana mungkin aku mampu hapuskan

Ukiran namamu dihatiku…

Pedihnya sekadar menjadi pencinta bisu,

Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…

Aku tak mampu lakukan apa-apa…

Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…

Aku sedar hati aku milikmu….

Tapi hatimu miliknya…

Jangan hantui hidupku lagi dengan

Bayanganmu…kerna hatiku luluh…

Jangan muncul dalam kotak ingatanku…

Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…

Tapi biarlah…

Daripada aku terus berendam air mata…

Sesuatu yang bukan milikku…

Takkan pernah jadi milikku…

Selamanya…

Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan

Sepertimu…

Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan

Dirimu jadi milikku…

Moga kau bahagia bersamanya…

Selamanya…

Luahan Sekeping Hati


Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana pagi yang hening sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini… Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali… Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih… Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku… Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Mneyesal??? ah… langsung tidak terdetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..

Saturday, June 20, 2009

Kenapa Aku Diuji

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah"smiley sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12