Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu.
Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima ke syurga diletakkan di telapak kaki ibu.
Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu' yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, si ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu'?
Bagi menjawab persoalan di atas, boleh kita katakan bahawa saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan si anak, seorang wanita telah benar-benar layak bergelar ibu?
Jawapan kepada persoalan ini mudah. Pastinya, ramai yang akan menjawab bahawa alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan si anak ke dunia tetapi yang lebih penting adalah untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap maka wanita itu sah bergelar seorang ibu.
Dengan jawapan yang diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak-anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga oleh pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumahkah atau di luar rumah, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak-anak dipikul oleh gurukah atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya?
Persoalan-persoalan yang dipaparkan di atas sebenarnya membawa kepada satu persoalan yang penting iaitu sama ada para ibu pernah terfikir bahawa adakah diri mereka sudah menjadi ibu yang sebenarnya terhadap anak-anak? Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup sehari-harian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan.
Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin bahawa kadang-kala kita perlu menanyakan soalan tersebut. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, para ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang telah silap dan merancang sesuatu yang lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh sahaja sibuk dalam urusan rumahtangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan si ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan dihujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukan untuk anak-anak. Atau, berjam-jam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak-anak dibiar berlari-lari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah.
Penulis yakin, setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Namun, ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai.
Sebenarnya, seringkali orang berkata betapa penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara tersebut. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza. Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak-anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu?
Seringkali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup. Bila ditanya, ramai yang akan berkata bahawa terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga bahawa manusialah yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya.
Dengan penerangan-penerangan di atas maka jelas terbukti bahawa melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran tersebut. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu' yang terlupa akan hakikat ini. Maka apa yang dipaparkan di dalam makalah ini adalah usaha untuk saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarganya. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia.
Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat sahaja di sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan yang tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memimpin orang bawahannya.
Samalah halnya dengan wanita. Keistimewaan yang dianugerahkan kepada mereka bukan sekadar mengiktiraf kedudukan mulia mereka tetapi lebih penting lagi keistimewaan itu datang dengan tugas yang besar, iaitu mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam masyarakat.
Akhir sekali, ingin penulis memaparkan satu kisah berkisar tentang Sayyidati Fatimah, anakanda Rasulullah SAW. Suatu hari Saiyyidati Fatimah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta seorang pelayan dari hasil tawanan perang. Hasratnya, agar pelayan itu dapat membantunya dalam urusan rumahtangga. Namun Rasulullah SAW menolak permintaan tersebut. Rasulullah kemudian mengajar Saiyyidati Fatimah beberapa potong doa dan menyuruhnya supaya meminta tolong kepada Allah SWT untuk mengurus rumahtangga, mendidik anak serta melayani suami.
Dalam pada itu, Rasulullah memberi nasihat kepada Saiyyidati Fatimah "Hai Fatimah, sabarlah. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang memberi manfaat kepada keluarganya". Oleh itu, sedarlah para ibu bahawa ukuran kejayaan seorang ibu bukan semata-mata kejayaan dalam kerjaya, pendidikan atau kedudukan dalam masyarakat tetapi yang lebih penting adalah kejayaan para ibu dalam membina keluarga bahagia.

No comments:
Post a Comment