Tuesday, August 10, 2010

KONVOKESYEN

Salam Konvokesyen...

Tanggal 08.08.2010 merupakan salah satu tarikh yang amat bermakna dalam hidupku. Tepat pada pukul 11.15pagi, secara rasminya aku telah bergelar seorang graduan ekonomi. Seawal jam 7 pagi, kawasan DECTAR & Panggung Seni telah dipenuhi oleh para ibu bapa & bakal-bakal graduan. Tidak terkecuali adalah keluargaku yang terdiri daripada mama & 4 orang adik. Aku sangat terharu dengan kehadiran keluarga disaat aku ingin bergelar seorang graduan.

Pelbagai halangan terpkasa aku tempuhi sebelum tarikh keramat itu tiba. Bermula dengan tesis aku yang terpaksa ditukar tajuk sebanyak 3 kali hinggalah berjumpa dengan tajuk yang sesuai dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kemudian berlakunya kejadian dimana setelah tamat tempoh untuk penghantaran tesis, statusku masih belum bertukar juga walhal aku telah menghantar tesis awal dari tarikh yang ditetapkan. Kesian aku melihat Dr. Shahida dimana beliau turut risau dengan status pengajianku. Setelah itu, aku kekurangan wang untuk membayar duit konvo & terpaksalah meminjam daripada mama. Namun, semua itu merupakan rahmat bagiku kerana seminggu sebelum konvo, status pengajianku telah bertukar. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pointer aku berubah sama sekali & paling tidak aku sangka apabila aku dapat bergraduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.

Itulah kisah sebelum konvo. Sewaktu konvo, kawan-kawanku telah didatangi oleh sahabat handai yang rapat dengan mereka. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai pasangan. Semua itu hanya dapat kulihat sahaja. hehe. Aku tidak perlu terlalu berduka kerana setiap jalan yang dilalui oleh setiap hambaNYA adalah berbeza-beza. Kini, aku telah bergelar graduan. Namun, aku masih belum mempunyai pekerjaan sedangkan kawan-kawanku telah mempunyai pekerjaan tetap. Kehidupanku kini telah melangkah setapak ke hadapan lagi. Aku perlu mencari pekerjaan dan dalam masa sama menumpukan tugasku sebagai MPP yang masih berbaki satu semester.Aku perlu mencari kerja demi membantu mama memandangkan adik-adikku semuanya masih belajar. Kejayaan yang aku kecapi dalam pelajaran tersa kurang apabila tidak dapat disambut bersama-sama arwah abah. Aku dapa tmelihat mama turut bersedih apabila mengenangkan arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat olehNYA & dikurangkan azab sempena ramadhan yang menjelma. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada mama, adik-adik, para pensyarah, para guru, rakan-rakan serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang pengajian aku di UKM.

No comments:

Post a Comment