Thursday, May 13, 2010

Menuju Kecemerlangan Pelajar




Pada 7hb hingga 9hb Mei yang lalu, Pusat Pengajian Umum (PPU) UKM dengan kerjasama Bank Muamalat, Takaful dan Persatuan Mahasiswa UKM telah mengadakan program Menuju Kecemerlangan. Sasaran peserta bagi program ini adalah pelajar yang kurang berkemampuan dan yatim. Pelajar-pelajar ini adalah dari kalangan pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Jumlah peserta adalah seramai 129 orang dan telah diadakan di Kolej Antarabangsa Ibu Zain dan Fakulti Pengajian Islam.

Pada mulanya, aku tidak berminat untuk menyertai program ini kerana mempunyai kekangan tesis yang tidak siap. Namun, setelah mengetahui bahawa sasaran pelajarnya adalah anak yatim, aku rasa terpanggil untuk membantu. Hal ini demikian kerana aku juga pernah berada di tempat yang sama dan masih sama hingga sekarang. Merasai keperitan yang dialami oleh mereka yang bergelar yatim adalah tidak sama dengan mengalaminya sendiri. Kadang-kadang, orang hanya pandai bercakap tapi hakikat sebenar, hanya mereka yang pernah alami sahaja mengetahuinya.

Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari sekolah daerah Sentul, Port Dickson, Bangi dan Seremban. Seramai 16 orang pelajar telah terlibat bagi membantu pensyarah-pensyarah bagi melancarkan program ini. Namun, hanya 12 orang bertindak sebagai fasilitator dan 4 orang lagi sebagai urusetia. Program dimulakan selepas solat asar lebih kurang pada pukul 5.30 petang iaitu bagi sesi latihan dalam kumpulan. Seterusnya, pada malam hari, perasmian program telah diadakan di FPI dan disempurnakan oleh Pengarah PPU sendiri. Selepas itu, ceramah yang disampaikan oleh Dr. Azizan telah diadakan.

Keesokan hari, para pelajar telah dibawa berjalan-jalan untuk mengenali Perpustakaan Tun Seri Lanang dengan lebih dekat lagi. Ketika disana, video mengenai sejarah penubuhan PTSL turut ditayangkan. Selepas itu, para pelajar dibawa ke Bilik Senat dan Bilik Majlis yang terletak di Canselori serta ke DECTAR. Para pelajar dilihat begitu kagum apabila diberitahu oleh pihak urusetia bahawa UKM ditubuhkan atas hasil usaha pejuang-pejuang terdahulu. Pada sebelah petangnya, permainan masa telah diberiikan kepada para pelajar. Tujuannya adalah untuk mendidik pelajar agar mengetahui matlamat hidup mereka serta menghargai masa yang mereka ada.

Hari terakhir telah diisi dengan persembahan kebudayaan oleh setiap kumpulan. Tema pada persembahan ini adalah Luahan Rasa. Selepas itu, penutupan program dibuat dan disusuli dengan persembahan fasilitator serta sesi fotografi. Para pelajar bertolak pulang ke sekolah masing-masing lebih kurang jam 4 petang.

Apa yang menariik mengenai program ini adalah selepas solat subuh, para pelajar akan berkumpul dan seterusnya menjalankan aktiviti tadarus al-Quran. Aktiviti seperti ini jarang sekali dilihat pada mana-mana program yang biasa dijalankan. Selain itu, pada aku, ini adalah program pertama yang aku terlibat dimana melibatkan pensyarah secara langsung. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di PPU kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk membantu bagi melancarkan program ini. Terima kasih juga kepada UPSM kerana sudi membantu pihak PMUKM.

2 comments:

  1. salam, kak hartini....
    salam kecemelangan... UKM best giler....
    kalo leh upload bebanyak gambar2 time PMPK tu...
    -zahirul (Institut tahfiz N9)-

    ReplyDelete
  2. salam zahirul...
    gambar tu t zahirul ambil di facebook akak
    tp add friends dulu ye...
    ukm_girl07@yahoo.com

    ReplyDelete