Tuesday, May 18, 2010

Rasional Logo Sambutan 40 tahun UKM





Konsep Logo Sambutan 40 Tahun UKM: Kontemporari

Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih
kerana Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan selaras usaha UKM dalam memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kelopak yang berwarna merah melambangkan tiga komponen penting iaitu visi, misi dan falsafah UKM yang menjadi teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat kecemerlangan beorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang di rantau ini dan persada antarabangsa.

Angka 40 yang adalah merujuk ulang tahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010). Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan dan keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai universiti penyelidikan yang ulung dan unggul di negara ini.

Lapan bulatan yang berwarna kuning pada bahagian atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan (niche) UKM sebagai hala tuju universiti iaitu:
1. Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya,dan Globalisasi
2. Pembangunan Lestari Wilayah
3. Tenaga Keterbaharuan
4. Teknologi Kesihatan dan Perubatan
5. Perubahan Iklim
6. Nanoteknologi dan Bahan Termaju
7. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi
8. ICT Informatik Isian

Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’ diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih, keteguhan, iltizam serta berdaya saing sepanjang tempoh 40 tahun dalam usaha merealisasikan matlamat sebagai universiti penyelidikan yang keterhadapan.

Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan
warna biru pada huruf tersebut adalah menggambarkan kualiti, inovatif dan kreatif jatidiri warga UKM daripada setiap golongan pelajar, akademik dan pengurusan dalam
membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.

Hasil Ilham: KHALID HASHIM, Pusat penerbitan dan Percetakan, UKM

No comments:

Post a Comment